RSS

~tribute to Dato' Sudirman Hj. Arshad.....

salam...


Entri aku kali ni aku nak sentuh pasal seorg artis ulung yg pnh dilahirkan di Malaysia iaitu Dato' Sudirman Hj.Arshad.. Hrni 22/2/2011 genap 19thn pemergian beliau ke rahmatullah...aku yakin sume rakyat Malaysia sgt terasa kehilangan beliau.. even aku sendri sebak ble dgr lagu2 beliau kat radio walaupun aku tak sempat nak meminati beliau ketika hayatnya...Bakat yg beliau ada sgt sukar utk dicari ganti...even anita sarawak pun gagal saingi beliau...antara lagu2 beliau yg aku minat mcm salam terakhir, milik siapakah gadis ini, balik kampung, pelangi petang, even filem lakonan beliau pun aku minat..aku kagum dgn beliau, dgn kebolehan beliau dgn sifat n keperibadian beliau serta semangat beliau yg cintakan negara...

Aku harap sume rakyat Malaysia trus mengingati beliau.. k ni aku cte sedikit ttg sudirman.. beliau dilahirkan pada 22 May 1954 di Temerloh, Pahang. Merupakan anak bongsu dr 7 beradik dan ibu bapa bernama Hj Arshad Hassan dan Ramlah Dahlan. Belia juga dikenali sbg "Singing Lawyer","People's Singer" dan "Elvis of Malaysia".

Ketika sdg menyanyi di pentas di Butterwoth, beliau tiba2 rebah dan peguam beliau ketika itu mengatakan beliau terkena serangan angin ahmar. Jam 4am tanggal 22 Feb 1992, pada umur 37thn, beliau telah kembali ke rahmatullah ketika sdg terlantar dirmh kakaknya di KL...Jenazahnya telah disemadikan di Kaw. Perkuburan Islam Cengal, Temerloh berdekatan dgn kubur ibu bapanya.. Dibwh ni aku lampirkan skali gambo allahyarham Dato' Sudirman Hj. Arshad serta vdeo klip lagu nyanyiannya yg mana liriknya seperti sudah tau bhw beliau akan meninggalkan kita...Al-Fatihah utk beliau....salam...

**pstt: aku masih terkilan sbb still tak dpt tgk persembahan dia kat Salem Music Award 1989, sape2 ada vdeo dia, roger2 la aku...Jika ada fakta yg tak tepat, harap ampun dan pls inform sy smula utk pembetulan...
rujukan: wikipedia... http://en.wikipedia.org/wiki/Sudirman_Arshad














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment