RSS

Perubahan diriku.....

Salam...

how r u friends?? hehehe... 2 hari tak update blog... aku sibuk sikit... ni pun curi2 update jap... hehehehe...petang ni aku ada presentation web site lak, tgh prepare la ni, padahal web tu bkn aku yg buat, tu yg susah tu... orait2... hari ni aku nak cite skit pasal perubahan dalam diri aku sejak lepas SPM beberapa tahun lepas.. hehehe.. umur ku dirahsiakan... ngehngehngeh....

    Bermula dgn zaman lepasan SPM, bentuk fizikal time tu konfem body fit lg, tp kurus keding mcm mat pet..hahaha...aku dulu kurus gila kot...topik perbualan zaman tu ialah berkenaan keputusan SPM, pemilihan masa depan, nak sambung belajar or keje... time tu aku tak terfikir sgt nak sambung belajar ni.. Nak2 lak time tu dah start keje, jd bdk pam stesen minyak je, jadi la, janji dah ada duit poket beli hp n amik lesen keta...wawawawa.. Last2 aku sambung gak blajar, amik diploma kat kolej swasta, biasa la, result SPM teruk, ke laut, ni je la jln aku nak maju.. time ni aku tak pnh terfikir lg pasal cintan cintun, aweks2 ni... hahahaa.. aku seorang pemalu... hehehehe... tp dah pandai cari kawan kat internet, chatting mirc time tu..hahahaha...

     Zaman diploma bermula dimana aku didaftarkan ke kolej ****** di seremban.. tp 2 sem je kat situ, sem 3 aku dipindahkan ke kolej teknologi pulau, penang..jauh kan??? huhuhu....ok time diploma, aku still lg seorg pemalu, tak byk ckp, lbih2 lg ngan pempuan..hehehehe...body still fit, stamina still tip top.. tp bila melangkah je ke sem5 badan aku dah start naik sbb dah tak bersukan, keje aku dok dlm bilik ngadap internet tak pun tdo...wawawa...time tu perut flat lg..sifat pemalu dah kurang skit sbb aku rapat ngan sorg kwn pempuan kat kolej. Dia dah kawen pun skrang, alhamdulillah... Topik perbualan dgn kwn2 time tu byk berkaitan pelajaran, biasa la student kan..hahaha.. tp tak lpas gak pasal aweks2...zaman darah muda br nak panas.. hehehe... Aku mula ada pasangan time aku last sem diploma, tu 1st time aku bercinta kot... yg lawaknya aku still malu2, dia kol je ajak gayut, konfem dia byk ckp, aku senyap je, dgr dgn penuh teliti..hahahah.. then aku pun grad dgn cemerlang gak la...hehehe.. aku berjaya msk U kat utara...

    Akhirnya berjaya gak aku menjejakkan kaki ke menara gading..cewah...ni la tempat idaman anak2 muda zaman skrang, iaitu universiti. aku menyambung pelajaran aku kat UUM, Universiti Utara Malaysia..sem 1 aku masih lg seorg pemalu, tak byk ckp, tak byk kwn.. berkawan ngan bdk2 batch aku je. tp selang beberapa sem, aku menjadi semakin aktif, sifat pemalu dah berkurang sikit, dah ramai kwn sampai buatkan gf aku time tu jeles..bercinta still mcm biasa, aku dah tak malu2 sgt ngan gf aku time tu, tp kisah cinta ktorg tak dpt bertahan, aku break time aku sem 6 kat uum..takde jodoh kan.. bila aku dah start sibuk, aktif sana sini, aku punya hidup tak terurus sgt la, cinta kemana, senaman ke mana..hahaha.. bdn aku mula naik... perut mulat jalan kedepan akibat kurang bersenam dan tak jaga pemakanan, sume nak belasah..hahaha...topik perbualan ngan kwn2 time tu still tak berubah, tak pasal blaja, awek or keje2 ktorg kat U la, lg 1 pasal kawen... wawawawa..... tak lama lg aku dah nak graduate...Masa depan still dalam perancangan, tp aku dah byk berubah sejak aku lepasan SPM, dr seorg pemalu, jd seorg yg aktif dn rmai kwn, dr seorg yg fit, jd seorg yg somput..hahaha... tp ada 1 je benda yg still tak berubah, status aku masih bujang..wawawa... ada kwn2 aku yg dah kawen & ada anak.. aku lambat lg kot... still menunggu bidadari mencuri hati ni... hehehe...orait.. tu je la aku nak bebel... aku sekarang bukan aku yang dulu lg, tp aku tetap aku... ciao..salam...

~zaman diploma ngan kwn aku mek & mus~

~ sem 2 kat UUM~
^_^

~ zaman sekarang ~












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malas...

MALAS!!!

aku sangat malas...
malas buat keje
malas nak bangun tido
malas nak bersenam
malas nak bercakap
malas nak kuar rumah
malas fikir pasal cinta
malas layan org yg menyakitkan hati
semuanya aku malas
tapi aku tau yg malas ni merupakan satu penyakit yg sgt bahaya..
penyakit yg boleh membawa maut...
penyakit yg lgsg tak dpt membantu manusia, bangsa dan negara..
mcm mana nak hilangkan penyakit malas???
mcm mana nak elak dr jd pemalas???
malas aku nak fikir..
korg tlg fikirkan...dah la.. malas la...
ciao...salam...








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budak lelaki, abah dan polis.....

Salam..

Waktu: Suatu ptg thn 1995,kelas 3 Kedidi...
Seorang budak lelaki baru sahaja memasuki kelasnya selepas loceng berbunyi menandakan waktu rehat dah tamat. Ketika ini budak lelaki itu berada di darjah 3, SRK ST. Paul, Seremban.. Cikgu masuk memulakan pembelajaran. Sedang cikgu mengajar di depan, di belakang pula budak lelaki ini sedang asyik bermain getah pemadam dengan rakan disebelahnya. Dia juara getah pemadam dalam kelas waktu itu..Tiba-tiba datang seorang anggota polis ke kelas budak itu dan mengetuk pintu minta kebenaran masuk. Polis itu berjumpa dengan cikgu di meja cikgu di depan, manakala di belakang budak lelaki itu berkata kepada kawan dia.."aku kenal pakcik ni, kwn abah aku, dia datang nak jumpa anak dia kot, tp kelas anak dia kat atas..hmmm"... dalam 2 minit polis tu bersembang dengan cikgu, tiba-tiba cikgu memanggil nama budak itu untuk datang kedepan. Budak itu terkejut, dalam hati dia berkata, "aku main pemadam je, takkan kena tangkap ngan polis lak".. Apabila sampai didepan, cikgu bercakap dengan lembut pada budak itu sambil matanya mula berlinangan, dia menyuruh budak itu mengemas beg sekolahnya dan ikut pakcik polis itu. Budak itu mengangguk dan terus buat apa yang disuruh..

      Pakcik polis tadi membukakan pintu kereta perondanya untuk budak itu lalu menyuruh dia masuk. Ramai pelajar menjenguk melalui tingkap untuk menyaksikan siapakah budak itu.tak lama selepas itu, kereta peronda itu berlalu pergi, ketika didalam kereta peronda, pakcik polis tadi menyuruh supaya budak itu tunduk sedikit supaya orang lain tidak nampak, sambil itu kedengaran bunyi yang seperti keadaan kelam kabut melalui walkie talkie kereta peronda itu. Rakan pakcik polis tadi membuka lampu dan siren kereta polis tersebut lalu memecut laju. Dalam perjalanan, budak lelaki bersuara dan bertanya pada pakcik polis td, "pakcik, kita nak pegi mana ni?". lalu pakcik polis tadi menjawab "pakcik nak bawa kamu pegi hospital, sampai hospital nnt kamu jumpa ngan abah ok.".. budak lelaki itu kembali membisu sambil memandang ke arah luar dalam keadaan yang bingung. Dia berkata dalam hati sendiri "kenapa nak kena jumpa abah kat hopital pulak?"...

     Setiba di Hospital Besar Seremban(kini Hospital Tuanku Jaafar), budak itu dibawa masuk ke bahagian kecemasan oleh dua orang polis tadi, baru sahaja mencecahkan kaki ke pintu masuk hospital, budak itu terkejut apabila melihat ramai orang yang memegang kamera berlegar di situ, ada juga yang mengambil gambarnya(popular sebentar).. Budak tu masih kebingungan, apabila sampai berdekatan dengan pintu jalan ke wad, budak itu ternampak abahnya sedang disorong di atas katil hospital menuju bilik X-ray, dia berlari mendapatkan abahnya. Dia bertanya kepada abahnya "abah kenapa?", muka abahnya sangat pucat. Lalu abahnya menjawab "abah sakit sikit je, nanti kita jumpa, pegi jumpa mak"..nurse kembali menolak katil abah masuk ke bilik x-ray. pakcik polis tadi membawa budak itu berjumpa dengan maknya di wad. Setiba di wad, budak itu lihat maknya sedang menangis sambil mendukung adiknya yang baru berusia 6tahun dan seorang lagi yang baru 2 bulan..Dia bertanya kepada maknya, "kenapa mak nangis?? kenapa diorang bawa abah masuk bilik bwh tu?".. maknya menjawab dalam esakan "abah kau kena tembak" lalu memeluk budak itu. Disaat itu baru la air mata mula meleleh di pipi budak lelaki itu.

     Selepas 3 bulan kejadian itu, abah budak itu telah pun dibenarkan keluar dari wadnya. Kecederaan abahnya tak parah, peluru tersebut hanya tersasar 1 inchi dari jantungnya dan mengenai hatinya sedikit. Dirumah budak itu dan maknya sentiasa membantu abah untuk mencuci luka kesan tembakan tersebut. Abahnya ditembak dihadapan dan peluru tembus melalui belakang, bermakna ada 2 kesan luka tembakan perlu dicuci setiap hari. Pada suatu hari ada seorang rakan abahnya datang kerumah dan bertanyakan kisah tragedinya itu. Abahnya pun bercerita kepada rakannya, ketika itu dia dah nak habis waktu kerja dan dalam perjalanan balik ke balai. tiba-tiba kedengaran di walkie talkie ada 1 kejadian samun di Rahang kecil dan meminta kereta peronda terdekat untuk pergi, kebetulan abah dan rakan perondanya berada berhampiran lalu mereka berpatah balik ke tempat kejadian. Setiba disana mereka berjumpa dengan mangsa dan mangsa ceritakan apa terjadi. Abah dan rakannya berjaya menangkap suspek tetapi ketika nak menggari tangan suspek, dia melawan, meronta dan menggigit tangan abah. Abah bergelut dengan suspek sampai mereka terjatuh dan berguling ke dalam longkang. Dalam pergelutan tersebut, suspek berjaya merampas pistol di pinggang abah lalu melepaskan tembakan tanpa abah sedar. Suspek sekali lagi cuba menembak abah ketika abah terbaring kesakitan didalam longkang, tetapi abah berjaya memegang pistol tersebut dan bertahan sementara menunggu rakannya datang membantu sambil itu suspek terus menumbuk muka abah. Rakan abah datang membantu dengan membuka pemegang peluru pada pistol tetapi suspek sempat melarikan diri. Rakan abah meminta bantuan dari peronda lain sebelum mengejar suspek. Agak lama abah terbaring dalam longkang tanpa bantuan sedangkan ramai yang memerhati, kemudian datang 2orang pemuda cina, sekali lagi saya sebut, PEMUDA CINA membantu abah untuk keluar dari longkang dan menghantar abah ke hospital. Pemuda-pemuda melayu ketika itu hanya memerhatikan sahaja. Suspek akhirnya berjaya ditangkap selepas 10 orang anggota polis memegang dia untuk digari. Suspek telah dijatuhkan hukuman penjara di penjara seremban.

waktu: 25 Mac 2011
      KINI selepas 16tahun kejadian tersebut, abah masih lagi sihat tetapi tidak boleh buat kerja-kerja berat. Budak lelaki itu pula telah besar dan bakal menamatkan pengajiannya di Universiti tak lama lagi. Dia berhasrat untuk menjejaki bidang abahnya untuk menjadi Pegawai Polis. Itu cita-citanya sejak kecil, untuk berbakti kepada negara dan membanteras jenayah walaupun ada segelintir yang tidak menyokong hasratnya itu. tetapi abahnya tetap menyokong hasratnya untuk menjadi pegawai polis. Tanpa POLIS, negara tidak akan aman, negara kita akan sentiasa dihantui jenayah. Untuk pengetahuan pembaca, budak lelaki itu adalah diri saya sendiri dan polis yang ditembak itu adalah abah saya dan ini merupakan kisah benar saya. Kalau terjadi apa-apa pada abah saya ketika itu, belum tentu saya akan berjaya ke Universiti macam sekarang. Saya bersyukur kerana Tuhan memberi abah peluang untuk terus hidup dan membantu kami. Sempena Hari Polis ke 204, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota polis di Malaysia terutama sekali abah saya iaitu Sarjan RF94162 Mohd Radzi B. Hassan kerana telah menjaga keamanan negara kita demi maruah bangsa dan agama...SELAMAT HARI POLIS MALAYSIA YANG KE-204....

**sori panjang sgt bercerita, saya tak pandai sangat dalam bercerita ni...tiba2 rasa sebak bila ingat balik kisah ni...

~love them so much~
^_^











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~contest : K.A.M.I. F.O.T.O.G.E.N.I.K

Salam..

aku buat entri ni sbb aku dah di tag oleh cik nadiem, dlm entri aku ni aku nak ckp aku nak join contest yg di buat oleh Mr. Vampire..contest ni nama eh fotogedik...eh2 silap.. fotogenik..hahahahaha....ok2.. layan entri ni...

~kalo korg nak join, klik banner ni~

1-sila menjadi follower belog The Lady & Mr Vampire.
~ Done...huhuhuhu..

2-sila ambil banner di atas dan link kan ke entry ini.
~ check.. ^_^

3-sila sertakan 3 gambar anda yang FOTOGENIK.
~nsib baik 3 je..huhuhuhu...kalau byk2 kang terlbih popular lak..hahahaha


~gambar solo aku~
^_^

~gambar duo with my dear friend~

~geng jejaka gile~
^_^

4- tag 5 org kawan...
~sori geng,nsib korg..hahahaha...

***kami rasa kami patut menang contest ini kerana kami sangat "fotogedik" walaupun kami lelaki, kami sangat minat bergambar, kadang2 mengalahkan perempuan... yeahh...huhuhu...
   







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Bila dah Bosan.........

Salam...

waaaa..ngantukk...zzzz... korg ngantuk tak??? adoiyai..system aku dah siap, tggu nak present kat bos then testing kat customer lak...benda tu yg leceh skit, company dia kat s.alam, jauh la pulak... kena lak time nak settup kat server diorg, system ni buat hal, mampuih aku nak dok situ repair system..hmm.. tp takpe.. tu sume bleh jd kan pengalaman.. aku diarahkan utk menaik taraf system yg dibangunkan oleh senior aku sem lpas utk company tu. system tu sgt la kecik & simple, aku guna VB.net...tp vb.net ni bkn kepakaran aku, aku terpaksa mintak tlg kwn2 gak nak settle-kan..huhuhu.. bos sampai bising gak la sbb lambat siap.. system aku ni nama dia Key Perfomance Indicator System, aku buat utk WorlWide Holdings Sdn Bhd, dimana CEO company tu Datin Paduka Norazlina Zakaria. System ni bkn la utk kira KPI ke apa, korg mesti tau KPI tu apa kan?? System ni just digunakan utk simpan rekod KPI semua department dlm 1 tmpt, then kalo diorg nak tgk or edit diorg punya KPI, diorg just login ke system ni sbb system ni akan dikongsi dlm network.. Selama ni diorg edit KPI kat pc diorg, stand alone system dimana diorg edit, then kena print or copy bg kat bos, tp kali ni tak, diorg just edit & save, then nnt bila2 bos bleh tgk.. hehehe.. tu je.. simple je system aku ni.. k2 ciao..salam...



~ni splashscreen utk system aku, adoi comot skit, aku tak cut btol2 td~
^_^





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GAME ANTARA BLOGGER : 2









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hilangkan Jerawat tanpa menggunakan cream muka...

salam...

korg dah lunch ke blom?? perut aku btol2 padat ni, kenyang lunch td.. haish.. mata ngantuk dah.. then tiba2 tgh on9, kwn aku ajar sumthing.. edit pic guna adobe photoshop cs5..hahahaha... menarik gak benda br ni, kat cs4 & cs3 takde tools ni...hahahaha...sape yg rasa time bergambo tu muka byk jerawat, jgn risau, dgn tools ni, korg bleh hlgkan jerawat tu.. ngehngehngeh.. mcm aku buat.. licin muka aku..hahahaha... korg layan la gambo bwh ni, tr tgk apa perbezaan gambo2 tu.. ciao..salam...

~before edit~

Adobe Photoshop CS5 "content aware"

~After~

~comparison~

~Before~

Adobe Photoshop CS5 "spot healing brush tool".

~After~
clean, tiada jerawat..wawawawawa...

~comparison~








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Achhoomm....

salam...

adoi..hrni seksa btol.. lama aku tak selsema... hrni teruk btol selsema aku.. aku sebenarnya ada resdung/alergi, kalo slh mkn skit, tdo tak cukup, kena hujan,kena habuk or asap. aku sng kena selsema, dari pagi td aku keje dok bersin je, sampai sepet mata ku dah ha...huhuhu... ubat yg aku mkn slalu nama dia cetrizine, ubat tu utk bg aku tak gatal hidung n bersin(tkt kena kanser). tp dah lama aku tak beli ubat tu, dah hbis, mls nak p beli.huhuhuhu.... murah je pun...adoi...k2 selamat petang semua.. ciao..salam..

~seksa wei kalo bersin, tp skali bersin 4-5 kali kuar, puas rasa~
~_~

~mata aku dah sepet mcm bdk ni dah, comei kan??~
~_~








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Azraai milik N9.....

Salam..

apa khabar geng??huhuhu.. feeling well?? i'm not feeling weel today, got flu...haish... sgt tekanan, hinguih keja dok meleleh ja..hahahaha...kalo aku mkn ubat konfem aku tdo jap lg, so better tak pyh mkn lg.. ha ni just nak cite skit pasal pasukan bola sepak tempatan kegemaran aku..hahahah.. pasukan N9, Hoben Jang Hoben... walaupun aku ni bkn la anak jati N9, aku dilahirkan dikedah tp membesar di N9, tp smgt aku hanya utk pasukan N9...time skolah dulu, dr darjah 3 sampai form 3 aku tak pnh miss pg stadium paroi tu kalo ada game N9..huhuhu..punya la smgt.. ada skali tu N9 lwn Selangor kat paroi, aku pg sorg2 time study diploma dulu.. Dah la aku pkai jersi N9, aku silap masuk gate lak, aku msk kat tmpt penyokong selangor, mmg aku kena kutuk kaw2 la..hahahahaha.... tu pengalaman paling lucu kat stadium, tp aku bt bodo je, jln dgn bangganya.. hahahaha.. 


tu kisah lama, ni kisah baru. mggu lpas aku terkejut bila dpt tau coach wan jamak letak jawatan. aku tak jangka dia akan letak jawatan dgn cpt sdgkan br beberapa perlawanan.. aku still menaruh harapan kat dia utk bw team N9 bangkit, bg aku tu bkn salah dia sorg, pemain pun bertanggungjwb sekiranya pasukan kalah dlm perlawanan.tp benda dah jd, nak bt mcm manakan..huhuhu.. lpas je coach wan letak jawatan, dlm kepala aku dah target sorg coach je mampu ganti tmpt dia. seorg coach yg sgt terkenal, sgt berwibawa, byk pengalaman dan pnh membuat kejutan dgn membawa pasukannya mng treblle 2 musim berturut2...aku sgt kagum...huhuhu...dia nampak mcm pendiam, tp aku pnh jumpa dia dpn2 dan dia nampak sgt ramah.. coach yg dimaksudkan adalah coach azraai khor..smlm, 21/3/2011 telah terbukti bahawa coach Azraai milik N9 sbb dia dah sign kontrak..heheheh...apa2 pun aku harap coach azraai dpt mencurahkan segala yg dia tau kpd pasukan utk cuba menjulan lg 2 piala selepas N9 kalah piala FA..HOBEN JANG HOBEN... bye..ciao..salam..

~coach wan~
jasamu dikenang...

~selamat datang coach azraai~

**psttt: sori tak larat nak kaler2 tulisan hrni.. ^_^








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penanam Anggur penuh di KLCC...

Salam...

ha.. apa cer cuti kwn2??? huhuhu.. mesti ada yg kuar dating kan??? huhuhu.. tak mcm aku, takde sape nak ajak dating.. hahaha..smlm aku pg klcc..sape2 yg ada isi form jobsdb online, mesti tau dr 18-20 ni ada career fair kat klcc tu..ni 1st time aku pg ke career fair mcmtu.. kira aku takde pengalaman la bab2 cr keje kat career fair ni.. lg 1 aku sedar gak, requirement company2 tu pun sgt tggi... ada yg nak 1st class degree, ada yg nak yg ada experience.. tp aku pelik, mcm mana ngan ktorg yg fresh graduate ni kalo position yg diorg cr sume nak kan experience tggi2...huhuhu.. pointer pun penting sbnrnya, sbb tu sbg 1st impression kpd diorg yg mencari pekerja ni..huhuhu.. so kpd yg still blaja ni, blaja la btol2 make sure pointer dpt at least 3.00 ke atas...hehehe...dah lama gak aku tak pg klcc ni.. so smlm sempat la bergambar skit.. smlm maksu aku & sorg lg kwn aku teman aku pg klcc tu, kwn2 yg lain sume bz, ada gak yg tak jd pg last2 minit, kalo tak mesti meriah pg rmai2..huhuhu.. takpe2 bln 4 nnt ada lg career expo kat midvalley lak..dr 15-17hb 4..kpd kwn2 yg still tanam anggur tu, jom sama2 kita pg career fair tu..huhuhu.. bw la pape yg patut, resume ke, salinan sijil2 ke.huhuhu.. k bwh2 ni ada la skit gambo2 aku & maksu aku..ni maksu aku eh, bkn awek or skandal2 aku eh.. rmai ingat dia awek aku.. kami sebaya, so nampak mcm tu la...hahha.. k ciao..salam...















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blogger Bukti Rakyat Ada Kebebasan...

Salam..

Selamat petang..sori hrni lambat skit update.. ada problem skit ngan emosi..hahahaha... now ok dah...
baca tak paper hrni?? aku bc kosmo on9 je hrni & ada 1 artikel or berita yg diorg tulis pasal blogger.
Tajuk dia "Blogger bukti rakyat bebas bersuara".. Dgn anggaran lbih 2juta blogger di Malaysia, ia telah membuktikan dimana kerajaan negara kita telah memberi kebebesan utk rakyat bersuara.. Blogging ni adalah salah 1 cara utk kita sebagai rakyat Malaysia ni nak hulurkan pendapat, luahkan isi hati, apa yg kita tak setuju or apa yg kita rasa sgt baik utk rakyat... 


So teruskan usaha kita dlm memberi pendapat atau pandangan melalui media yg telah kita pilih ni selagi kerajaan memberi kita ruang dan peluang utk terus blogging dan luahkan segalanya disini...PM kita sendiri pun ada blognya sendiri, sama juga ngan tokoh pujaan aku Tun Dr Mahathir.. beliau sgt rajin menulis didlm blog beliau selain facebook...jadikan blog or internet ini sbg platform atau slh 1 senjata utk kita berbakti kpd negara dgn memberi pendapat dan kata2 semangat bagi membangunkan negara kita yg tercinta ni..orait..ciao..salam...










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Soalan Cepu Mas yang tak ternilai.....

Salam...

hye kwn2... hmm..korg pnh tak bt entri sbb korg kena tag oleh kwn blogger lain?? mesti ada yg pnh kan.. ni 1st time aku nak bt entri mcmtu, aku telah di tag oleh kwn blogger aku yg bernama nengC. huhuhu... tq sbb tag sy yer nengC... tu tanda dia ingat kat aku..huhuhuu...cik nengC ni dia tag aku kat soalan2 cepu mas yg sgt2 la mahal.huhuhu.. k2 lyn soalan2 bwh ni...

1. Adakah anda rasa anda hot?
~ wawawa...
 adoi soalan dia ... ntah la, tak hot kot... hangat ada la..
hahaha...

2. Upload gambar / wallpaper yg anda guna sekarang.


~hoben jang hoben~

3. cite skit pasal gambar.
~wallpaper ni aku amik kat fb apa tah, lupa..
aku guna gambar ni sbb aku peminat setia pasukan bola sepak N9 
walaupun prestasi diorg tak menentu sekarang..
~hoben jang hoben~
info: aku bkn anak jati n9, dilahirkan di kedah, tp mebesar dan menetap di N9.

4. Bila kali terakhir makan ayam??
~ mlm smlm... beli kat pasar malam k.klawang..
hehehehe...

5. Lagu terakhir yg anda dengar?
~ Kebahagiaan dalam perpisahan by Shahir..
dgr kat hot.fm time dlm drive nak dtg keje td..
huhuhu...
btw nama aku dan penyanyi tu sama...wawawawa

6. Apa yg anda buat selain menyelesaikan tag ini?
~ bk fb, emel & keje aku la...system aku tak siap2 lg...
huhuhu...

7. Selain nama sendiri, anda di panggil apa?
~hmm.. nama aku shahir, tp tak ramai yg pggil aku
dgn nama tu, sbb aku lbih terkenal dgn panggilan 'et'
bkn e.t eh, tu utk sape2 yg nama dia siti, tp aku ni et
bunyinya mcm org sebut perkataan add..hehehe..
ada gak yg pggil aku shah or armando, 
tu nama fb & blog je..hehehe

8. Tag 8 orang..
~adoiyai, byknya... 5org tak leh ke?? 
huhuhu...sori geng...
3. Kort

9. Siapakah no 1 anda?
~no 1 ni kwn maya aku yg dah aku anggap mcm adik...
kenal lama dah, dkt 2thn dah rasanya...
dia yg ajar aku blogging ni...hehehe...

10. Katakan sesuatu tentang no 5..
~hmmm.. wana...dia ni aku kenal sbb bf dia kwn aku..
wana ni friendly orgnya... tp loghat utara dia pekat wo...
hahaha..wana..peace...

11. Org no 3 berhubung dgn siapa?
~adoi soklan ni ssh ni..hahaha. sbb aku tak pnh tau sape awek dia
ramai sgt aku tgk kwn pempuan yg dia pnh kwn...hahahaha..

12. Bagaimana pula ngan no 4?
~hmm.. dia ni kazen aku, aku tak pnh amik tau dia berhubung ngan sape..
hahahaha... ha deyla, sila jwb soklan ni, ngan sape ek??

13. Pesanan buat no 6.
~kurangkan ego anda...hahaha...
final sem ni buat btol2...

14. Kata-kata cinta buat no 2..
~hahaha.. gle, kang tak pasal2 aku kena bom ngan bf dia..
cik mai... sy bg ayat general je la...hahaha..
~Relationship is all about trust...

15. Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?
~ yup.. ada... dua2 ada kat uum skrang.. dua2 minat kamera..
huhuhu...

16. Berikan 5 perkara yg anda tahu tentang no 1.
1) talkative.
2) Sempoi
3) cerdik
4) kreatif
5)comei
5+) Sengal....hahahahaa

17. Persamaan antara kambing dan lembu.
~eh apa punya soalan la..tiba2 tanya pasal binatang
dua2 binatang tu berkaki 4 
halal utk dimakan jika disembelih dgn cara yg btol...

18. Perasaan ketika menjawab tag ni.
~hmm... tgh bosan + ngantuk...

19. Adakah anda tahu Rizman tu sengal??
~adoiyai sapo plak Rizman ni??
tak konal den do...
tp dah namo eh ado kek sini, konfem dio sengal..
hahahahahahaha...

~~berakhir sudah soalan cepu mas kita pada harini.. moga berjumpa lagi di entri akan datang,
bye2.. ciao.. salam....~~












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Handphone punca lelaki mati pucuk...

Salam...

gempak tak tajuk??? mesti korg ada terbaca kat paper gak kan?? aku bc ni kat kosmo... risau gak ble tau benda mcm ni sbb aku mmg slalu letak handphone kat poket..huhuhu.. dah tu nak letak mana lg kan.. akhbar2 tempatan hari ni semua kuar artikel pasal ni, telefon bimbit punca lelaki mati pucuk dan kerosakan sperma.. adoiyai...Melalui kajian yg dilakukan oleh Persatuan Pengguna P.Pinang(CAP) thn lpas mendapati kekerapan penggunaan telefon bimbit dalam sehari ada kaitan dgn sperma berkualiti rendah. hmm.. kajian dah dibuat, tp blom lg terbukti secara saintifik.. so kwn2 ku yg bergelar lelaki, amacam??? renungkan lah..huhuhu.. aku pun nak kena merenung ni...**sumber: kosmo online

**psst... menanti follower yg ke-100..sape la yg bertuah tu nnt...

Man - Driver - Car - Texting while Driving
~~jangan menggunakan handphone ketika memandu~~


~~handphone pertama aku(beli ngan duit gaji 1st)~~
^_^


~~ni hp aku skrang..guna duit ptptn(jgn ditiru aksi ini)~~
^_^










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerajaan Mengharamkan Botol Susu Polikarbonat Bisphenol A...



Salam...

ada tak antara korg ni still minum susu dlm botol??? huhuhuhu... aku rasa takde dah kot, kalo ada mmg buang tebiat btol tu...ok entri ni just nak inform kat korg pasal botol susu yg dah diharamkan oleh kerajaan tp berkuatkuasa 1 Mac 2012.. botol susu yg dimaksudkan ialah botol susu yg mengandungi polikarbonat bisphenol A. Tindakan ni diambil kerajaan sbb sampai skrang still takde bukti saintifik yg mengatakan ia selamat utk digunakan. BPA(Bisphenol Polycarbonate A) merupakan bahan kimia industri yg dicampurkan dlm botol susu ketika pembuatannya utk menjadikannya keras dan lutsinar.(sumber:kosmo)


KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

BPA boleh menyebabkan gangguan pada sistem hormon dan mengganggu sistem fungsi tubuh.Botol susu polikarbonat bisphenol A bersifat keras dan lutsinar. Ia boleh dikenalpasti berdasarkan kod2 yg terdpt pada botol susu tersebut. contohnya:(sumber: akubiomed.com)

1) Nombor 7
    Pla_7.jpg
2) Nombor 7 dan PC
  Pla_7PC.jpg
3) Nombor 7 dan 'other'
 Pla_7ot.jpg
Selain botol susu BPA ini, terdapat pelabagai lagi botol susu dipasaran yg boleh digunakan oleh ibu bapa utk anak2 mereka. Elakkan dr membeli botol susu BPA, periksa dahulu kod dan kandungan botol susu tersebut sblom membelinya. Dibwh ini ada panduan kod identifikasi plastik.(sumber: akubiomed.com) ciao..salam...

Sistem kod identifikasi plastik








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS