tatkala cintaku kian rapuh dilanda badai,
kau hadir menyinari hidupku,
kujujuranmu menambat hatiku,
tutur katamu bermain di fikiranku,
suaramu menjadi irama dalam laguku...
kesetiaanmu menjadi taruhan,
kasih sayangmu mekar berkembang,
kesungguhanmu menambat hati,
kehadiran cintamu kian pasti dalam hatiku...
kusambut cintamu dengan senyuman,
kupegang janjimu dengan penuh kesabaran,
kerana hari-hari kita penuh dengan kasih sayang,
duhai cintaku, kau ku sayang...
terima kasih kerana mencintaiku,
terima kasih kerana memahamiku,
terima kasih wahai cintaku,
kau menerimaku seadanya aku...
terima kasih sayangku, cintaku, temanku, sahabatku..
kau kan sentiasa di hatiku...
nukilan: ~iwana yazid~
CINTA KAMI DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment