Salam..
Waktu: Suatu ptg thn 1995,kelas 3 Kedidi...
Seorang budak lelaki baru sahaja memasuki kelasnya selepas loceng berbunyi menandakan waktu rehat dah tamat. Ketika ini budak lelaki itu berada di darjah 3, SRK ST. Paul, Seremban.. Cikgu masuk memulakan pembelajaran. Sedang cikgu mengajar di depan, di belakang pula budak lelaki ini sedang asyik bermain getah pemadam dengan rakan disebelahnya. Dia juara getah pemadam dalam kelas waktu itu..Tiba-tiba datang seorang anggota polis ke kelas budak itu dan mengetuk pintu minta kebenaran masuk. Polis itu berjumpa dengan cikgu di meja cikgu di depan, manakala di belakang budak lelaki itu berkata kepada kawan dia.."aku kenal pakcik ni, kwn abah aku, dia datang nak jumpa anak dia kot, tp kelas anak dia kat atas..hmmm"... dalam 2 minit polis tu bersembang dengan cikgu, tiba-tiba cikgu memanggil nama budak itu untuk datang kedepan. Budak itu terkejut, dalam hati dia berkata, "aku main pemadam je, takkan kena tangkap ngan polis lak".. Apabila sampai didepan, cikgu bercakap dengan lembut pada budak itu sambil matanya mula berlinangan, dia menyuruh budak itu mengemas beg sekolahnya dan ikut pakcik polis itu. Budak itu mengangguk dan terus buat apa yang disuruh..
Pakcik polis tadi membukakan pintu kereta perondanya untuk budak itu lalu menyuruh dia masuk. Ramai pelajar menjenguk melalui tingkap untuk menyaksikan siapakah budak itu.tak lama selepas itu, kereta peronda itu berlalu pergi, ketika didalam kereta peronda, pakcik polis tadi menyuruh supaya budak itu tunduk sedikit supaya orang lain tidak nampak, sambil itu kedengaran bunyi yang seperti keadaan kelam kabut melalui walkie talkie kereta peronda itu. Rakan pakcik polis tadi membuka lampu dan siren kereta polis tersebut lalu memecut laju. Dalam perjalanan, budak lelaki bersuara dan bertanya pada pakcik polis td, "pakcik, kita nak pegi mana ni?". lalu pakcik polis tadi menjawab "pakcik nak bawa kamu pegi hospital, sampai hospital nnt kamu jumpa ngan abah ok.".. budak lelaki itu kembali membisu sambil memandang ke arah luar dalam keadaan yang bingung. Dia berkata dalam hati sendiri "kenapa nak kena jumpa abah kat hopital pulak?"...
Setiba di Hospital Besar Seremban(kini Hospital Tuanku Jaafar), budak itu dibawa masuk ke bahagian kecemasan oleh dua orang polis tadi, baru sahaja mencecahkan kaki ke pintu masuk hospital, budak itu terkejut apabila melihat ramai orang yang memegang kamera berlegar di situ, ada juga yang mengambil gambarnya(popular sebentar).. Budak tu masih kebingungan, apabila sampai berdekatan dengan pintu jalan ke wad, budak itu ternampak abahnya sedang disorong di atas katil hospital menuju bilik X-ray, dia berlari mendapatkan abahnya. Dia bertanya kepada abahnya "abah kenapa?", muka abahnya sangat pucat. Lalu abahnya menjawab "abah sakit sikit je, nanti kita jumpa, pegi jumpa mak"..nurse kembali menolak katil abah masuk ke bilik x-ray. pakcik polis tadi membawa budak itu berjumpa dengan maknya di wad. Setiba di wad, budak itu lihat maknya sedang menangis sambil mendukung adiknya yang baru berusia 6tahun dan seorang lagi yang baru 2 bulan..Dia bertanya kepada maknya, "kenapa mak nangis?? kenapa diorang bawa abah masuk bilik bwh tu?".. maknya menjawab dalam esakan "abah kau kena tembak" lalu memeluk budak itu. Disaat itu baru la air mata mula meleleh di pipi budak lelaki itu.
Selepas 3 bulan kejadian itu, abah budak itu telah pun dibenarkan keluar dari wadnya. Kecederaan abahnya tak parah, peluru tersebut hanya tersasar 1 inchi dari jantungnya dan mengenai hatinya sedikit. Dirumah budak itu dan maknya sentiasa membantu abah untuk mencuci luka kesan tembakan tersebut. Abahnya ditembak dihadapan dan peluru tembus melalui belakang, bermakna ada 2 kesan luka tembakan perlu dicuci setiap hari. Pada suatu hari ada seorang rakan abahnya datang kerumah dan bertanyakan kisah tragedinya itu. Abahnya pun bercerita kepada rakannya, ketika itu dia dah nak habis waktu kerja dan dalam perjalanan balik ke balai. tiba-tiba kedengaran di walkie talkie ada 1 kejadian samun di Rahang kecil dan meminta kereta peronda terdekat untuk pergi, kebetulan abah dan rakan perondanya berada berhampiran lalu mereka berpatah balik ke tempat kejadian. Setiba disana mereka berjumpa dengan mangsa dan mangsa ceritakan apa terjadi. Abah dan rakannya berjaya menangkap suspek tetapi ketika nak menggari tangan suspek, dia melawan, meronta dan menggigit tangan abah. Abah bergelut dengan suspek sampai mereka terjatuh dan berguling ke dalam longkang. Dalam pergelutan tersebut, suspek berjaya merampas pistol di pinggang abah lalu melepaskan tembakan tanpa abah sedar. Suspek sekali lagi cuba menembak abah ketika abah terbaring kesakitan didalam longkang, tetapi abah berjaya memegang pistol tersebut dan bertahan sementara menunggu rakannya datang membantu sambil itu suspek terus menumbuk muka abah. Rakan abah datang membantu dengan membuka pemegang peluru pada pistol tetapi suspek sempat melarikan diri. Rakan abah meminta bantuan dari peronda lain sebelum mengejar suspek. Agak lama abah terbaring dalam longkang tanpa bantuan sedangkan ramai yang memerhati, kemudian datang 2orang pemuda cina, sekali lagi saya sebut, PEMUDA CINA membantu abah untuk keluar dari longkang dan menghantar abah ke hospital. Pemuda-pemuda melayu ketika itu hanya memerhatikan sahaja. Suspek akhirnya berjaya ditangkap selepas 10 orang anggota polis memegang dia untuk digari. Suspek telah dijatuhkan hukuman penjara di penjara seremban.
waktu: 25 Mac 2011
KINI selepas 16tahun kejadian tersebut, abah masih lagi sihat tetapi tidak boleh buat kerja-kerja berat. Budak lelaki itu pula telah besar dan bakal menamatkan pengajiannya di Universiti tak lama lagi. Dia berhasrat untuk menjejaki bidang abahnya untuk menjadi Pegawai Polis. Itu cita-citanya sejak kecil, untuk berbakti kepada negara dan membanteras jenayah walaupun ada segelintir yang tidak menyokong hasratnya itu. tetapi abahnya tetap menyokong hasratnya untuk menjadi pegawai polis. Tanpa POLIS, negara tidak akan aman, negara kita akan sentiasa dihantui jenayah. Untuk pengetahuan pembaca, budak lelaki itu adalah diri saya sendiri dan polis yang ditembak itu adalah abah saya dan ini merupakan kisah benar saya. Kalau terjadi apa-apa pada abah saya ketika itu, belum tentu saya akan berjaya ke Universiti macam sekarang. Saya bersyukur kerana Tuhan memberi abah peluang untuk terus hidup dan membantu kami. Sempena Hari Polis ke 204, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota polis di Malaysia terutama sekali abah saya iaitu Sarjan RF94162 Mohd Radzi B. Hassan kerana telah menjaga keamanan negara kita demi maruah bangsa dan agama...SELAMAT HARI POLIS MALAYSIA YANG KE-204....
**sori panjang sgt bercerita, saya tak pandai sangat dalam bercerita ni...tiba2 rasa sebak bila ingat balik kisah ni...
~love them so much~
^_^
15 comments:
slamat hari polis pakcik.....hehehe...tabik!
waaahhhh.....hebat2...kimslm kt encik abah et ye???hehehe...selamat hari polis....selamat ari polis jgk wt my elder bro...cz abg ly pn polis jgk...xlpe wt abah kpd en.cumel sy...selamat ari polis uncle...hehehe....selamat ari polis jgk pd staf IPK Perak(tempat practical ly dlu) n selamat ari polis wt sume polis...et nk jd polis kn???abg ly ckp skrg de bkak pgambilan utk inspector...sila la apply...abg pn suro ly jd polis..xbis2 promosi suro jd inspector...tp ly ni cm xlayak...lembik....heheheh..:p
nadiem: tq..
ly: mana bleh apply lg skrang, kan tgh praktikal, grad pun blom.. huhuhuh.. tggu dah grad la sng.. dulu masa sem 1 et dah try dah, guna diploma et.. tp sangkut kat interview.. last stage tu, rugi sgt2...
owh yeke???erm...xpela...tggu la dlu...tp drg mmg ada bkak pgambilan bru...hehe...if ly tbkak ati nk jd polis nt..ly pn akn mnx la jgk...hahaha...:)
syukur lahh your dad dipanjangkan umur. semoga berjaya capai cita2. :)
sbak gila baca.... sebaek pak ngah masih hidup n sehat smpai skrg =.=
ly: tak tkt jd itam ke kalo msk polis?? hahahaha..
ain: tq..insyaallah...
deyla: b.et pun sebak time menaip td.. deyla ingat lg ke abah kena dulu?? deyla kecik lg...tadika lg..hahahaha...
2la sal..tkot jd itam....uwaaa...ritu ckp kt en.cumel sal jd inspector ni...smgt die pn suro...yg die xnk plk...tp suro ly...sdgkn abah die lg la polis kn???hehehe....
et yg sebak2 tyme taip entry ni...ly bce pn sebak nt...:)
ly..en.cumel kamu mana bleh jd polis, pinggang dia dah out, 2nd hand dah..huhuhuh
so touching! selamat ari polis utk ayah kamu juge..:)
meh ke rumah..
~Addina Dania sayangku~
keep in touch ye..♥♥♥
hahahaah....2la sal..haishhh...sabo jela...xmgapa la...trime seadanye...ecehhh...hahaha...;p
dda: tq.. i will..
ly: hahahah... suh p tkar kat kdai halfcut..hahhaa
senget....hahaha....xde keje...hahaha....;p
hahahaha.. :p
owh...anak pak polisi rupanya...abah kamu ipd mana?
Post a Comment